bancian:)

Tuesday, February 5, 2013

Decision Making

setiap orang ada citarasa masing masing.walaupun kaler rambut sama hitam,tapi hati lain lain.minat lain,kegemaran lain,impian lain,dan kehidupan yang lain lain.kalau la semue orang ada minat yang sama,alamatnya tak berkembang la dunia.

dari kecik aku di hadap kan dengan pelbagai kerjaya impian.dulu masa kecik kecik kalau ade orang tanya aku apa cita cita aku,aku mesti dengan bangganya jawab aku nak jadi doktor.aku selalu cakap macam tu sebab mak dengan ayah aku selalu suruh aku jadi doktor masa kecik kecik.

bila naik sekolah menengah,aku bercita cita nak jadi lawyer.berbekalkan dengan jiwa kental,keyakinan yang terlebih tinggi,aku melibatkan diri dalam pertandingan di sekolah.niat aku cuma satu,aku nak pupuk keyakinan aku sebelum aku jadi seorang peguam.tapi sayang nya,ibu dan papa nak aku jadi jurutera kimia dan menetapkan semua hala tuju aku,which is not fair at all.

di semester 2 di UiTM Pulau Pinang,aku dihadapkan dengan subjek kimia yang aku sendiri x boleh terima fakta fakta yang tak nampak tu.aku dah mula hilang fokus untuk belajar.aku hilang minat belajar walaupun subjek KIMIA ni antara feveret subjek aku mase kat maktab dulu.

habis belajar,aku makin buntu....dan sekarang aku bertekad aku nak apply law mase degree nanti.and no body will stop me here,at that point.so,kawan kawan.doakan aku untuk capai ape aku nak dalam hidup aku.doakan aku jadi sorang peguam yang berjaya.

sumber: En.Google

Saturday, February 2, 2013

ongkos

sesak tak dek duit.itu bakal menjadi mukadimah aku lam entry kali ni.memandangkan aku ni bukan nya berasal dari keluarga berada,mengajar aku banyak mengenai wang.pada awalnya,masa time kat u dulu,duit untuk aku bukan satu prioriti pertama aku.asalkan ada duitnya untuk makan,minum,beli buku,ya..semue nya aku rasa mencukupi untuk aku menjalani hidup aku di u.pakaian bagi aku,beli yang terpakai sudah...tak payah la beria sangat nak kan brand ataupun nama sebab orang xkan datang jumpe kau pastu cakap;'eyh kau pakai baju Zara ke ni...eyh takla..Topshop " or what so ever...aku tak pernah amik peduli semua itu.

lepas bermula masuk lam alam pekerjaan..aku merasakan lagi susah hidup aku.since aku kerja...xdek ape ape lagi yang melekat untuk kegunaan aku selain shampoo,sabun badan,conditioner yang aku beli tiap2 bulan untuk kebersihan diri aku.sedih ke tak?mungkin aku masih lagi cam lembab nak uruskan hal hidup aku...nasib ar x dek pakwe.xsemak sangat kan.hope fully this time aku bole la...

Monday, January 28, 2013

M.A.R.I.J.U.A.N.A

Gempak tak tajuk di atas?hah...since kes drugs ni da lama aku dengar...since dari dalam perut lagi kan da ade menda menda macam ni..tapi tu la ikot negara jugak la kes drugs ni and the usage tu haram ke tak.well,Malaysia mengamalkan 'belia benci dadah' so dadah tu memang bahan yang terlarang la kan..mesti korang semua agak pelik kan dengan post aku kali ni.ada ke nak expose pasal dadah secara public kan...mesti ade yang kata macam tu ataupun mungkin ada yang mengatakan bahawa aku ni mungkin pernah amik dadah or ape ke...NO NO NO...niat aku xdek lain..aku cuma nak share info yang mungkin korang di luar sana tak berapa tahu ataupun tak berapa nak amik tahu kan...it is about MARIJUANA...



cannabis atau marijuana atau dikenali sebagai ganja secara umumnya. ganja mempunyai kelebihannya yang tersendiri, yang baik serta yang buruk. mari kita sama-sama selongkar :
selama lebih 3000 tahun kebanyakkan orang afrika dan asia menggunakan ganja dalam berbagai bentuk seperti:


1. dicampur dalam rokok
2.campur dengan daging dendeng atau didalam minuman.

ganja mempunyai berbagai istilah dikalangan para pemakai/stonner seperti cimeng, rasta, ulah, gelek, buda stik, pepen, hawai, marijuana, dope, weed, hemp, hash, pot, joint, sinsemilla, grass dan banyak lagi nama jalanan lain yang tersebar diseluruh dunia dalam penamaan ganja.




ganja mempunya berbagai bentuk daun seperti tembakau yang bewarna hijau, ada yang berjari lima, tujuh, atau sembilan buah daun dalam setiap batang daunnya.


 





biji ganja, terdapat sumber makanan yang bergizi dengan protein kualiti tinggi, buah ganja biasanya digunakan sebagai bahan bakar








ada 3 jenis tanaman ganja iaitu :
1) cannavis indica-THC paling banyak
2) cannavis sativa-THC sederhana
3) cannavis rudenalis-THC paling sedikit
ketiga-tiga tanaman ganja itu semuanya memiliki kandungan Tetra Hydro Cannabinol(THC) yang berbeza-beza, THC adalah zat psikoaktif yang berefek halusinasi yang terdapat dalam keseluruhan pada bahagian tanaman ganja, baik daunnya, rantingnnya ataupun bijinya.

Kesan Buruk Pengambilan Ganja 

1) jantung berdebar (deyutan jantung akan bertambah 50%
2) Bola mata merah
3) mulut kering
4) nafsu makan yang bertambah
5) tidor
6) sering khayal
7) Mental mengalami terkanan
8) Kebingungan
9) Rasa ketakutan yang berlebihan
10) gangguan fizik
11) mengalami radang paru-paru
akan timbul rasa gelisah 10-30 minit, timbulnya perasaan tertekan dan takut mati, gelisah, bersikap hiperaktif, mengalami halusinasi penglihatan , mengalami rasa gembira berlebihan, tertawa terbahak-bahak tanpa sebab, banyak bercakap, merasa ringan pada seluruhbadan, mudah terpengaruh, merasa curiga, merasa lebih menikmati muzik, mengalami percaya diri, mengantuk tanpa mimpi setelah mengalami halusinasi penglihatan selama dua jam.

Kebaikkan Ganja




1. Merawat Migrain
Para doktor di California menyatakan bahawa lebih dari 300.000 kes migrain dilakukan dengan medical marijuana. Mengikut fakta, perempuan (25%) lebih ramai yang mengalami migrain berbanding lelaki (8%).

2. Mencegah Alzheimer
Pada tahun 2006, Institut Scripps membuktikan bahawa THC(Tetrahydrocannabinol) yang ditemukan dalam ganja ternyata dapat mencegah penyakit Alzheimer's dengan cara mengambil deposit pada otak yang menyebabkan penyakit itu berlaku. Lebih dari 5,3 juta orang Amerika Syarikat telah menderita Alzheimer's.

3. Membantu Mencegah PMS
Info khas untuk wanita. Kalau yang lelaki nak ambil tahu tentang ni pun takde masalah. hehe. Ganja ternyata dapat mengurangkan PMS yang berat. Sekitar 75% perempuan yang menstruasi ternyata mengalami PMS.

4. Mencegah Kekejangan (epilepsi)
Ganja adalah muscle relaxant (pelemas otot) dan mempunyai karakter antispasmodik (antikejang otot) yang telah dibuktikan sangat efektif mengubati epilepsi. Mungkin atlet boleh kot ambik ganja ni.


P/S :  jangan amik ya Tapi kalau amik gak kantoi masa 'Doping' sendiri buat sendiri tanggung :)