bancian:)

Thursday, August 18, 2011

berpijak dibumi yang nyata

merantau dinegeri orang buat aku kenal dengan ramai orang...mencuba pelbagai menda yang aku x dapat kat tempat aku..pergi ke tempat yang menarik dan berkenalan dengan ramai orang orang..pelbagai orang dan ragam.

dan pengalaman memang mendewasakan aku.aku sendiri xpasti sama ada aku ni matang sebelum waktu nye atau pun aku lambat nak menyedari semue ni.

berpijak dibumi yang nyata.itulah kata kata yang selalu mak aku pesan kat aku..tatkala aku bercerita mengenai kesenangan,kemewahan dan kepandaian orang lain.orang yang susah seperti aku memang x sesuai untuk berlibur atau pun melepak atau pun membeli pakaian yang berjenama..dimana itu semua menjadi ukuran kepada persahabatan diwaktu ini.aku melihat dari pandangan mata aku..siapa yang mewah akan dikelilingi oleh ramai kawan dan sahabat sahabat saban hari..sedangkan orang seperti aku..huh..melukut ditepian gantang.

kalian semue jangan menafikan bahawa sesiapa sahaja yang ade kenderaan sama ada kereta atau pun motor atau pun sewaktu dengan nya MESTI ada rakan yang berdamping..betulkan aku jika ada khilaf pada bahasa ku ini....tapi itu semue sudah menjadi perkara biasa.bukan..orang orang yang kecil seperti aku tidak akan mendapat tempat sebagai kawan baik.yelah siapalah nak berkawan dengan orang seperti aku yang tidak ada kenderaan jauh sekali barangan barangan branded seperti gucci,topman,roxy dan sewaktu dengannya.

kalau difikirkan..bagi orang macam aku.keikhlasan itu penting..kalau sayang kan harta dari kawan ibarat menyelamatkan kereta dari kawan yang lemas.hah...hanya fikiran aku....lain orang lain pandangan..namun aku setakat ni memang memandang kepada semue itu....dan untuk mencari kawan sejati...it seems so far away to go....salam semuenye

1 comment:

elle.nana said...

yuyu~ jgn sedih-sedih.. taknak laa sedih2 mcm ne... ok?